Tanggal 11.11.2006 aku selamat diijab kabulkan dengan insan yang amat ku cintai,insan yang banyak mengajarku erti kasih dan sayang,dia juga yang banyak mengajarku erti kehidupan….kesabaran dan keiklasannya membuatkan aku begitu menayangi dan memerlukan nya...dia sering belikan hadiah untukku,walaupun harganya tak seberapa,namun ku amat bersyukur atas kasih sayang dan pengorbanan yang telah dia curahkan.Aku benar2 bertuah kerana menjadi isterinya,dia melayan kerenah ku sabanhari tak kira siang atau malam..
Setelah hampir setahun aku bergelar isteri,akhirnya aku disahkan hamil 7minggu,pada awal JANUARY 2008..mengalir air mataku setelah mendengar berita yang selama ini memang menjadi penantian buat ku dan suami tercinta..sepanjang awal kehamilan ku,aku mengalami “morning seeknes” yang teruk,sehingga terpaksa dimasukkan kehospital selama beberapa hari..
Setelah keluar hospital,Suamiku lah yang bersusah payah mengambil alih tugasku mengemas mencuci pakaian,menyediakan makan untukku…ada kalanya memandikan aku,memandangkan aku terlalu lemah,sehinggakan berat badanku turun mendadak dari 68kg hingga ke 54kg…
Setelah kandunganku berusia 34minggu,alahan yang ku alami semakin berkurangan,debaran menanti saat melahirkan semakin terasa ,perasaan gembira dan cemas bercampur baur..sekarang aku hanya mampu berdoa dan tawakal ke hadrat allah yang maha kuasa,semoga aku dan anak ku yang bakal lahir ini selamat..
Tanggal 27-8-2008 aku dimasukkan ke hospital kerana bacaan BP agak tinggi..aku diberitahu akan diindus pada hari ini,memandangkan due date aku 28-8-2008..
Aku makin cemas..pada mulanya sakit juga menunggu jalan terbuka..setelah 3 kali diindus..barulah jalanku buka 4cm,tepat jam 12.25 petang,jumaat,aku dibawa berjalan ke leabur room..lama juga aku didalam bilik bersalin..hinggakan suami,ibubapa,mertua,kakak,dan ibubapa saudaraku..susah hati...tapi aku pulak asyik tidur akibat penangan ubat penahan sakit..
Akhirnya tepat jam 2.04 pagi 30.ogos.2008,lahirlah puteri ku yang dinamakan sempena nama opahnye 'NUR QISTINA RUQYAH'..menitis air mataku pabila pertama kali melihat wajah puteriku..terpancar kegembiraan pada raut wajah suamiku,aku bersyukur dengan anugerah allah ini..akan ku didik putriku menjadi insan yang solehah..AMIN YA RABBAL AL-LAMIN...
Kepada suami ku yang amat ku cintai,aku amat berterima kasih padamu kerana sudi berada disampingku ketika aku amat memerlukan mu..terima kasih tak terhingga kerana sudi merawat ku,sudi berkongsi kisah suka duka sepanjang kita bersama,kasih dan pengorbanan mu akan ku kenang sepanjang hayat ku,dunia dan akhirat..maaf kan aku sekiranya sepanjang hubungan ini aku banyak menyakiti hati dan perasaan mu..halal kan segala makan dan minumku sepanjang hidupku bersamamu…
Terakhir aku ingin sekali menyatakan yang aku amat menyangimu seumur hidupku..tak pernah ku kesal mengenali dirimu.ketahuilah kau adalah satu dalam berjuta…I LOVE U PAPA…..